Pertandingan Blog Bimbingan & Kaunseling 2011

Aug 26, 2011



Kelab Komputer SM Vokasional Melaka Tengah menyertai Pertandingan Blog sempena Karnival Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling (Murid) Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah Negeri Melaka yang bertemakan 1 Sekolah 1 Blog Ke Arah Tranfomasi Perkidmatan Bimbingan Dan Kaunseling anjuran Jabatan Pelajaran Melaka.

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling ini dibangunkan pada 13 September 2011 kerana menyertai Karnival Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling (Murid) Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah Negeri Melaka yang bertemakan 1 Sekolah 1 Blog Ke Arah Tranfomasi Perkidmatan Bimbingan Dan Kaunseling.
Kategori Sekolah Menengah.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Melaka bertujuan untuk memberi galakan kepada pelajar sekolah untuk melibatkan diri secara aktif dalam bidang ICT dengan membina sebuah blog yang berkualiti dan berinformasi.

Tarikh Penting:

25 Ogos 2011
Surat Jemputan Penyertaan

8 September 2001
Taklimat Guru Pembimbing

13 September 2011
Pembinaan Blog

30 September 2011
Hantar Borang Penyertaan

07 Oktober 2011
Penghakiman Pertandingan Blog

01 November 2011
Karnival Merekayasa & Penyampaian Hadiah

Diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan projek ini.

*************************

Admin Hasbullah

HASBULLAH BIN MOHD SOM T5 EE1

Admin Baihaqi

BAIHAQI BIN MOHD YAHYA T5 EE1

Admin Fatin

FATIN SYAHIERAH BT NORDIN T4 BB

Admin Zetty

NUR EZZAITI ARFINA BT AB RAHMAN T4 BB

Hari Kokurikulum 2011

Jul 28, 2011

Pada 26 dan 27 Julai 2011, Kelab Komputer/Siber SMVMT telah menyertai beberapa pentandingan Sempena Hari Kokurikulum Peringkat Sekolah. Antaranya ialah Pertandingan Roket, Pertandingan Gubahan dan Pertandingan Ikhtiar Hidup.

Dalam Pertandingan Roket, penyertaan telah dibatalkan kerana roket mengalami kebocoran. Dalam Pertandingan Gubahan, hanya berjaya mendapat tempat ke-11 daripada 26 peserta yang menyertai pertandingan ini. Manakala, dalam pertandingan Ikhtiar Hidup, Kelab Komputer mendapat tempat ke-4.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli kelab yang memberi komitmen yang tinggi dan kerjasama yang sangat baik semasa pertandingan ini dijalankan.


Aktiviti Perkhemahan dan Senamrobik


Pertandingan Roket



Pertandingan Gubahan - Tempat ke 11



Pertandingan Ikhtiar Hidup - Tempat ke-4
(Ehsan dari Facebook Cikgu Yati & Hasbullah)

Kuiz LMS Sempena Julai Bulan Membaca

Jul 13, 2011

Tarikh: 13 Julai 2011
Hari: Rabu
Masa: 2.15 - 3.15 petang
Tempat: Makmal Siber
Kehadiran: 22/39

Kehadiran Guru:
  1. Pn Nor Faizah binti Anuar
  2. Pn Nurhidayati binti Mohammad
Laporan:
  1. Pelajar mengambil kedatangan
  2. Taklimat oleh guru Penasihat Kelab
  3. Semua ahli Kelab Komputer menyertai Pertandingan Kuiz LMS sempena Julai Bulan Membaca yang telah disediakan di Portal LMS - http://mka2001.spp.moe.edu.my
  4. Bersurai


Ahli Kelab Komputer sedang menjawab soalan kuiz secara online.

Koleksi Foto Pertandingan OpenOffice.Org

Jun 23, 2011