Hari Kokurikulum 2011

Jul 28, 2011

Pada 26 dan 27 Julai 2011, Kelab Komputer/Siber SMVMT telah menyertai beberapa pentandingan Sempena Hari Kokurikulum Peringkat Sekolah. Antaranya ialah Pertandingan Roket, Pertandingan Gubahan dan Pertandingan Ikhtiar Hidup.

Dalam Pertandingan Roket, penyertaan telah dibatalkan kerana roket mengalami kebocoran. Dalam Pertandingan Gubahan, hanya berjaya mendapat tempat ke-11 daripada 26 peserta yang menyertai pertandingan ini. Manakala, dalam pertandingan Ikhtiar Hidup, Kelab Komputer mendapat tempat ke-4.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli kelab yang memberi komitmen yang tinggi dan kerjasama yang sangat baik semasa pertandingan ini dijalankan.


Aktiviti Perkhemahan dan Senamrobik


Pertandingan Roket



Pertandingan Gubahan - Tempat ke 11



Pertandingan Ikhtiar Hidup - Tempat ke-4
(Ehsan dari Facebook Cikgu Yati & Hasbullah)

2 komen:

aitotyati said...

salam,

yaaa hari kokurikulum wajar diteruskan!!!

kjomitmen pelajar mmg sangat2 cemerlang!! tahniah utk mereka!

Zanans said...

wsalam Yat,
setuju sgt2... tp ade dengar soksek2 kat khemah aritu klu diteruskan cikgu yg teruk, banyak keje... bla bla bla. penin sy dengar...

Post a Comment