Pertandingan Blog Bimbingan & Kaunseling 2011

Aug 26, 2011



Kelab Komputer SM Vokasional Melaka Tengah menyertai Pertandingan Blog sempena Karnival Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling (Murid) Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah Negeri Melaka yang bertemakan 1 Sekolah 1 Blog Ke Arah Tranfomasi Perkidmatan Bimbingan Dan Kaunseling anjuran Jabatan Pelajaran Melaka.

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling ini dibangunkan pada 13 September 2011 kerana menyertai Karnival Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling (Murid) Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah Negeri Melaka yang bertemakan 1 Sekolah 1 Blog Ke Arah Tranfomasi Perkidmatan Bimbingan Dan Kaunseling.
Kategori Sekolah Menengah.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Melaka bertujuan untuk memberi galakan kepada pelajar sekolah untuk melibatkan diri secara aktif dalam bidang ICT dengan membina sebuah blog yang berkualiti dan berinformasi.

Tarikh Penting:

25 Ogos 2011
Surat Jemputan Penyertaan

8 September 2001
Taklimat Guru Pembimbing

13 September 2011
Pembinaan Blog

30 September 2011
Hantar Borang Penyertaan

07 Oktober 2011
Penghakiman Pertandingan Blog

01 November 2011
Karnival Merekayasa & Penyampaian Hadiah

Diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan projek ini.

*************************

Admin Hasbullah

HASBULLAH BIN MOHD SOM T5 EE1

Admin Baihaqi

BAIHAQI BIN MOHD YAHYA T5 EE1

Admin Fatin

FATIN SYAHIERAH BT NORDIN T4 BB

Admin Zetty

NUR EZZAITI ARFINA BT AB RAHMAN T4 BB

Hari Kokurikulum 2011

Jul 28, 2011

Pada 26 dan 27 Julai 2011, Kelab Komputer/Siber SMVMT telah menyertai beberapa pentandingan Sempena Hari Kokurikulum Peringkat Sekolah. Antaranya ialah Pertandingan Roket, Pertandingan Gubahan dan Pertandingan Ikhtiar Hidup.

Dalam Pertandingan Roket, penyertaan telah dibatalkan kerana roket mengalami kebocoran. Dalam Pertandingan Gubahan, hanya berjaya mendapat tempat ke-11 daripada 26 peserta yang menyertai pertandingan ini. Manakala, dalam pertandingan Ikhtiar Hidup, Kelab Komputer mendapat tempat ke-4.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli kelab yang memberi komitmen yang tinggi dan kerjasama yang sangat baik semasa pertandingan ini dijalankan.


Aktiviti Perkhemahan dan Senamrobik


Pertandingan Roket



Pertandingan Gubahan - Tempat ke 11



Pertandingan Ikhtiar Hidup - Tempat ke-4
(Ehsan dari Facebook Cikgu Yati & Hasbullah)

Kuiz LMS Sempena Julai Bulan Membaca

Jul 13, 2011

Tarikh: 13 Julai 2011
Hari: Rabu
Masa: 2.15 - 3.15 petang
Tempat: Makmal Siber
Kehadiran: 22/39

Kehadiran Guru:
  1. Pn Nor Faizah binti Anuar
  2. Pn Nurhidayati binti Mohammad
Laporan:
  1. Pelajar mengambil kedatangan
  2. Taklimat oleh guru Penasihat Kelab
  3. Semua ahli Kelab Komputer menyertai Pertandingan Kuiz LMS sempena Julai Bulan Membaca yang telah disediakan di Portal LMS - http://mka2001.spp.moe.edu.my
  4. Bersurai


Ahli Kelab Komputer sedang menjawab soalan kuiz secara online.

Koleksi Foto Pertandingan OpenOffice.Org

Jun 23, 2011




Pertandingan Openoffice.Org Impress

Jun 22, 2011

Tarikh: 22 Jun 2011
Hari: Rabu
Masa: 2.15 - 3.15 petang
Tempat: Makmal Siber
Kehadiran: 26/39

Kehadiran Guru:

  1. Pn Nor Faizah binti Anuar
  2. Pn Nurhidayati binti Mohammad
Laporan:
  1. Pelajar mengambil kedatangan
  2. Taklimat oleh guru Penasihat Kelab
  3. Pendaftaran ahli kelab Tingkatan 4 di Portal LMS.
  4. Ahli kelab Tingkatan 4 menyertai Pertandingan Openoffice.Org Impess Presentation.
  5. Presentation yang telah siap diupload ke Portal LMS untuk dinilai.
  6. Bersurai

Naib Johan Pertandingan Laman Web Anjuran JPN-TM

May 7, 2011

Naib Johan Pertandingan Membina Laman Web

Jumaat, 6 Mei 2011 - SM Vokasional Melaka Tengah telah berjaya mendapat tempat ke-2 dalam Pertandingan Membina Laman Web Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Melaka anjuran Telekom Malaysia bersama Jabatan Pelajaran Melaka, sempena Karnival Pendidikan Pendidikan Melaka 2011. Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Datuk Seri Tuan Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Sekolah menerima hadiah Sijil dan Notebook manakala setiap peserta menerima Sijil, Plak, Pendrive dan Wang Tunai RM100 setiap seorang. Pertandingan ini disertai oleh 3 orang pelajar Tingkatan 5EE1 yang juga ahli Kelab Komputer SMVMT, Hasbullah bin Md Som, Mohd Mustakim bin Husain dan Baihaqi bin Mohd Yahya di bimbing oleh Pn Nor Faizah binti Anuar, Guru Penyelaras Laman Web dan Guru Penyelaras Bestari Sekolah.

Belajar Membina Blog

May 5, 2011

Tarikh: 20 April 2011
Hari: Rabu
Masa: 2.15 - 3.15 petang
Tempat: Makmal Siber
Kehadiran: 26/39

Kehadiran Guru:

  1. Pn Nor Faizah binti Anuar
Laporan:
  1. Pelajar mengambil kedatangan
  2. Taklimat oleh guru Penasihat Kelab
  3. Belajar membina Blog.
  4. Ahli kelab dikehendaki mencipta akaun Google untuk membuat Blog menggunakan platform Blogspot di http://kelabsibersmvmt.blogspot.com
  5. Setiap ahli juga diwajibkan menjadi admin dan menyumbang artikel di blog.
  6. Bersurai

Kimpalan Arka

May 4, 2011

Kimpalan T.I.G

ICT Is Fun In Learning


Nagarubini a/p Selvanazan

Sya pljar skolah SMVMT!

Mustika binti Mustafa

Saye pljr skolah SMVMT...

Norfaizah binti Anuar

Saya [tudung kuning] merupakan guru penasihat Kelab Siber SMVMT 2011. Berasal dari Tanjung Karang, Selangor dan kini menetap di Selandar, Melaka. Mula berkhidmat sebagai guru pada tahun 1989 di Butterworth, Pulau Pinang kemudian berpindah ke Melaka pada tahun 1991 hingga sekarang. Subjek yang saya ajar ialah MPAV Elektrik & Elektronik di SM Vokasional Melaka Tengah.

Learning Management System

Apr 21, 2011

Tarikh: 20 April 2011
Hari: Rabu
Masa: 2.15 - 3.15 petang
Tempat: Makmal Siber
Kehadiran: 26/39

Kehadiran Guru:

  1. Pn Nor Faizah binti Anuar
  2. Pn Nurhidayati binti Mohammad
Laporan:
  1. Pelajar mengambil kedatangan
  2. Taklimat oleh guru Penasihat Kelab
  3. Melayari Perisian Kursus Pendidikan di Portal Learning Management System (LMS)
  4. Bersurai

Pendaftaran Email & Facebook Group

Apr 10, 2011

Tarikh: 9 Mac 2011
Hari: Rabu
Masa: 2.40 - 3.15 petang
Tempat: Makmal Siber
Kehadiran: 39/39

Kehadiran Guru:

  1. Pn Nor Faizah binti Anuar
  2. Pn Nurhidayati binti Mohammad
Laporan:
  1. Pelajar mengambil kedatangan
  2. Taklimat oleh guru Penasihat Kelab
  3. Pendaftaran email pelajar/ahli kelab
  4. Pendaftaran ahli kelab di Facebook Group
  5. Bersurai

Learning Management System

Apr 7, 2011

Tarikh: 6 April 2011
Hari: Rabu
Masa: 2.40 - 3.15 petang
Tempat: Makmal Siber
Kehadiran: 26/39

Kehadiran Guru:
  1. Pn Nor Faizah binti Anuar
Laporan:
  1. Pelajar mengambil kedatangan
  2. Taklimat oleh guru Penasihat Kelab
  3. Pendaftaran ahli kelab di Portal Learning Management System (LMS)
  4. Kemaskini profil ahli di LMS
  5. Bersurai

Mesyuarat Agung Kelab Siber

Feb 10, 2011

Tarikh: 9 Feb 2011
Hari: Rabu
Masa: 2.40 - 3.15 petang
Tempat: Makmal Siber
Kehadiran: 39/39

Kehadiran Guru:
  1. Pn Nor Faizah binti Anuar
  2. Pn Nurhidayati binti Mohammad
Laporan:
  1. Pelajar mengambil kedatangan
  2. Taklimat oleh guru Penasihat Kelab
  3. Mesyuarat dijalankan
  4. Pemilihan AJK
  5. Perancangan Aktiviti
  6. Bersurai