Pengenalan

Blog Kelab Komputer atau Kelab Siber ini dibangunkan pada 20 April 2011. Ia dikendalikan oleh AJK Kelab Komputer di bawah seliaan Pn Nor Faizah binti Anuar dan Pn Nurhidayati binti Mohammad selaku Guru Penasihat.

Blog ini dibina bertujuan untuk memudahkan Guru Penasihat, AJK dan Ahli Kelab berinteraksi satu sama lain dengan menggunakan medium ICT yang pelbagai selain dari menggunakan telefon, facebook, yahoo messenger atau email.

Melalui Blog, semua pengendali boleh menyumbang bahan dan karya masing-masing dan mendapat maklum-balas atau komen dari ahli yang lain dan Guru Penasihat. Penggunaan Blog lebih bersifat ilmiah berbanding medium lain dan sesuai untuk mereka yang tidak mahukan publisiti melampau dan melekakan.

Diharapkan, AJK dan ahli akan terus menggunakan medium ini untuk menyebarkan ilmu pengetahuan atau pengkongsian bahan dan sebagainya.