Koleksi Foto Pertandingan OpenOffice.Org

Jun 23, 2011




Pertandingan Openoffice.Org Impress

Jun 22, 2011

Tarikh: 22 Jun 2011
Hari: Rabu
Masa: 2.15 - 3.15 petang
Tempat: Makmal Siber
Kehadiran: 26/39

Kehadiran Guru:

  1. Pn Nor Faizah binti Anuar
  2. Pn Nurhidayati binti Mohammad
Laporan:
  1. Pelajar mengambil kedatangan
  2. Taklimat oleh guru Penasihat Kelab
  3. Pendaftaran ahli kelab Tingkatan 4 di Portal LMS.
  4. Ahli kelab Tingkatan 4 menyertai Pertandingan Openoffice.Org Impess Presentation.
  5. Presentation yang telah siap diupload ke Portal LMS untuk dinilai.
  6. Bersurai

Naib Johan Pertandingan Laman Web Anjuran JPN-TM

May 7, 2011

Naib Johan Pertandingan Membina Laman Web

Jumaat, 6 Mei 2011 - SM Vokasional Melaka Tengah telah berjaya mendapat tempat ke-2 dalam Pertandingan Membina Laman Web Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Melaka anjuran Telekom Malaysia bersama Jabatan Pelajaran Melaka, sempena Karnival Pendidikan Pendidikan Melaka 2011. Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Datuk Seri Tuan Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Sekolah menerima hadiah Sijil dan Notebook manakala setiap peserta menerima Sijil, Plak, Pendrive dan Wang Tunai RM100 setiap seorang. Pertandingan ini disertai oleh 3 orang pelajar Tingkatan 5EE1 yang juga ahli Kelab Komputer SMVMT, Hasbullah bin Md Som, Mohd Mustakim bin Husain dan Baihaqi bin Mohd Yahya di bimbing oleh Pn Nor Faizah binti Anuar, Guru Penyelaras Laman Web dan Guru Penyelaras Bestari Sekolah.