Hari Kokurikulum 2011

Jul 28, 2011

Pada 26 dan 27 Julai 2011, Kelab Komputer/Siber SMVMT telah menyertai beberapa pentandingan Sempena Hari Kokurikulum Peringkat Sekolah. Antaranya ialah Pertandingan Roket, Pertandingan Gubahan dan Pertandingan Ikhtiar Hidup.

Dalam Pertandingan Roket, penyertaan telah dibatalkan kerana roket mengalami kebocoran. Dalam Pertandingan Gubahan, hanya berjaya mendapat tempat ke-11 daripada 26 peserta yang menyertai pertandingan ini. Manakala, dalam pertandingan Ikhtiar Hidup, Kelab Komputer mendapat tempat ke-4.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli kelab yang memberi komitmen yang tinggi dan kerjasama yang sangat baik semasa pertandingan ini dijalankan.


Aktiviti Perkhemahan dan Senamrobik


Pertandingan Roket



Pertandingan Gubahan - Tempat ke 11



Pertandingan Ikhtiar Hidup - Tempat ke-4
(Ehsan dari Facebook Cikgu Yati & Hasbullah)

Kuiz LMS Sempena Julai Bulan Membaca

Jul 13, 2011

Tarikh: 13 Julai 2011
Hari: Rabu
Masa: 2.15 - 3.15 petang
Tempat: Makmal Siber
Kehadiran: 22/39

Kehadiran Guru:
  1. Pn Nor Faizah binti Anuar
  2. Pn Nurhidayati binti Mohammad
Laporan:
  1. Pelajar mengambil kedatangan
  2. Taklimat oleh guru Penasihat Kelab
  3. Semua ahli Kelab Komputer menyertai Pertandingan Kuiz LMS sempena Julai Bulan Membaca yang telah disediakan di Portal LMS - http://mka2001.spp.moe.edu.my
  4. Bersurai


Ahli Kelab Komputer sedang menjawab soalan kuiz secara online.